Sunday, December 17, 2017

ASBABUN NUZUL

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika kaum Quraisy berkumpul di gedung Darul Nadwah, mereka berkata sesama mereka : "Mari kita carikan nama bagi Muhammad yang cepat dan mudah dikenali oleh orang ramai." Mereka berkata : "Kahin (Dukun)." Sebahagian daripada mereka menjawab : "Dia bukan dukun." Sebahagian lagi berkata : "Majnun (orang gila)." Sebahagian daripada mereka menjawab pula : "Dia bukan gila." Terdapat sebahagian lagi yang mengatakan : "Sahir (tukang sihir)." Kemudian sebahagian daripada mereka menjawab pula : "Dia bukan tukang sihir."

Kejadian ini akhirnya sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda menyembunyikan diri dengan selimut dan berkurung. Maka datanglah Jibril menyampaikan wahyu kepadanya : "Ya Ayyuhalmuzammil." (surah Al-Muddhattsir : 74:1) 
(Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan At Thabarani dengan sanad yang lemah dari Jabir).

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah Al-Muzzammil : 73:1) turun di saat nabi SAW berselimut dengan lihat.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibrahim An Nakhai)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa setelah turunnya ayat ini (Surah Al-Muzzammil : 73: 1-4) yang memerintahkan kepada kaum Muslimin agar bangun pada sepertiga malam untuk mengerjakan amal ibadah pada setiap malam. Maka, mereka melaksanakannya dengan tekun sehingga perkara ini berterusan selama setahun dan mengakibatkan kaki mereka bengkak-bengkak.

Maka turunlah ayat berikutnya (Surah Al-Muzzammil : 73:20) yang memberi keringanan untuk bangun malam dan memendekkan bacaan. 
(Diriwayatkan oleh Al Hakim dari Aisyah dan diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Ibnu 'Abbas dan perawi lain seperti itu).